Sudirman… Dlm kenangan…

Posted: February 24, 2011 in Cerita Aku...

Sudirman Hj Arshad (25 Mei 195422 Februari 1992) merupakan salah seorang penyanyi terkenal di Malaysia. Beliau telah dinobatkan sebagai Penghibur Nombor 1 Asia dari Malaysia sebelum Siti Nurhaliza. Anak jati Pahang pertama memenangi Anugerah Penyanyi Asia tahun 1989 di London. Lelaki kacak ini telah diberi jolokan sebagai Penghibur Milik Masyarakat, Seniman Rakyat dan Elvis Malaysia. Beliau adalah penyanyi, penghibur, penggubah, peguam, penulis, pengarang (buku kanak-kanak), pelukis kartun, usahawan, dan pelakon.Selain itu, beliau telah melahirkan sebanyak 168 buah lagu.

Begitulah tanggapan yang masih melekat di minda yang bernasib baik dapat menyaksikan sendiri Sudirman secara peribadi atau melalui kaca televisyan. Gelaran peledak Cili Padi ini hanya mempunyai ketinggian 1.47 meter dan berkasut saiz 7, mengenakan pakaian biasa, solekan dan sekali sekala mengenakan chaplinesque yang bersahaja.

Selepas Bintang RTM, tahun 1977, Sudirman mula merakamkan suara dalam album EP sulungnya Teriring Doa bersama Warnada Rekod. Walaupun ketika itu sibuk dengan kuliahnya di Universiti Malaya, beliau sempat merakam lagu-lagu untuk dimuatkan dalam EP pertamanya, diantaranya lagu Teriring Doa dan Suratku Yang Ini.

Tahun 1978, EMI menawarkan kontrak kepada Sudirman. Album sulungnya dengan EMI berjudul Aku Penghiburmu. Beliau menyanyikan semula lagu Jali Jali yang telah memperkenalkannya kepada umum, termasuk dua lagu ciptaan Ahmad Nawab Aku Penghiburmu dan Kasih. Kedua-dua lagu ini juga dinyanyikan oleh Broery Marantika apabila Ahmad Nawab berhijrah ke WEA. Dalam tahun itu, Sudirman dipilih sebagai Penghibur TV Terbaik di Anugerah Seri Angkasa.

Tahun 1979, album Perasaan diterbitkan dengan lagu hit Gerimis di Lautan bersama lagu-lagu lucu Mat Disko dan Toyol.

Setelah menamatkan pengajiannya, Sudirman bebas mengembangkan karier seninya. Beliau yang bangga dengan imej budak kampung, menyanyikan lagu-lagu yang berkait rapat dengan masyarakat Malaysian.

Istimewanya Sudirman kerana bermula tahun 1980, beliau telah menerbitkan 2 buah album dalam setahun. Kesemua albumnya berjaya dan kebanyakkan lagu-lagunya menjadi hit. Tidak semua artis pada zaman Sudirman dan zaman sekarang mampu berbuat demikian.

Tahun 1980, album Anak Muda dan Lagu Anak Desa
Tahun 1981, album Lagu Dari Kota dan Twinkle-Twinkle Little Star
Tahun 1982, album Lagu Cinta dan Abadi
Tahun 1983, album Images (hanya sebuah album sahaja)
Tahun 1984, album Orang Baru dan Lagu Dari Sebuah Bilik

Pada tahun 1985, Album Konsert Malam Anak Desa di UKM Bangi edisi terhad telah diterbitkan dalam bentuk kaset. Ianya adalah rakaman langsung persembahan konsert tersebut.

Selepas itu, Sudirman hanya menerbitkan sebuah album dalam setahun.

Tahun 1986, album Orang Kampung
Tahun 1987, album Kul It
Tahun 1989, album Asia’s No. 1 Performer

Lagu-lagu Sudirman yang istimewa dan popular telah dikumpulkan dalam album kompilasi Koleksi 16 Lagu-lagu Terbaik (1986) dan Pilihan Sentimental Emas (1987). Oleh kerana beliau amat menggemari lagu-lagu lama/klasik dan berirama deli, Sudirman turut mengeluarkan album Lagu-Lagu Rakyat (1989) dan Koleksi Klasik (1991).

Sepanjang penglibatannya dalam bidang seni, beliau telah menghasilkan 18 buah album dalam bahasa Melayu, dan 2 buah album dalam bahasa Inggeris (Twinkle-Twinkle Little Star dan Images).

Semasa hayatnya dan selepas pemergiannya, Sudirman telah menerima beberapa anugerah dalam bidang seni dan pingat kebesaran.

  • Penghibur Terbaik RTM 1977 menerusi rancangan “Lukisan Irama” terbitan Doreen Chia.
  • Penghibur TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa 1978
  • Penghibur TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa 1985
  • Duta Nyanyian Pelancongan Malaysia 1985
  • Persembahan Terbaik Juara Lagu TV3 1987
  • Penyanyi Lelaki Cemerlang Terbaik Anugerah Bintang Cemerlang 1987 melalui lagu Merisik Khabar
  • Penyanyi Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular 1989
  • Asia’s Number One Performer 1989
  • Anugerah Guinness
  • Pingat Ahli Mangku Negara 1988
  • Pingat Ahli Mahkota Pahang oleh Sultan Pahang 1992
  • Darjah Johan Mangku Negara, sempena ulangtahun Hari Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Sultan Azlan Shah, 6 Jun 1992
  • Penghibur No. 1 Malaysia, dari New Straits Times pada tahun 1993
  • Anugerah Khas dalam Anugerah Industri Muzik tahun 1993

Pada 22 Februari 1992 (bersamaan 18 Syaaban 1412), hari Sabtu jam 4:00 pagi, ketika berusia 37 tahun, Sudirman Hj Arshad telah kembali ke Rahmatullah di rumah kakaknya Rudiah bt. Hj. Arshad di alamat No.16, Jalan Taban Satu, Lucky Garden, Bangsar Park, Kuala Lumpur setelah 7 bulan menghidap penyakit radang paru-paru (pneumonia). Jenazah Allahyarham telah dibawa pulang ke Temerloh dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kg. Chengal, Temerloh pada hari yang sama, jam 3:45 petang – di sebelah pusara orang tuanya. Ribuan peminat-peminat setia termasuk Perdana Menteri Malaysia ketika itu Dr. Mahathir Mohamad telah menziarahi jenazah Allahyarham yang dianggap sebagai satu kehilangan besar bagi dunia hiburan tanah air.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s