Berakhirnya Januari…

Posted: January 31, 2011 in Cerita Aku...

Perjalanan kehidupan, dikiri kanan dugaan cabaran….

Menempuhi 31 hari di bulan januari bukan sesuatu yang mudah… perjalanan yang cukup mencabar.. pelbagai onak dan liku terpaksa aku harungi dan tempuhi… perpisahan, pertemuan, penghinaan, tomahan, cacian n fitnah yang luar dr jangkaan dan kebiasaan… masalah peribadi, perhubungan, cinta, kewangan dan keluarga.. semua nya dtg bersilih ganti sehinggakan aku rasa kan tidak mampu untuk bernafas… Alahamdulillah, atas segala dugaan ini tiada setitis pun air mata jantan aku ini mengalir… aku tabahkan hati kuat kan semangat kerana aku yakin, setiap dugaan yang Allah berikan pada hambanya pasti mampu ditempuhi dan dihadapi dengan petunjuk dr Nya… apa2 pun aku sentiasa bersyukur…

Aku kehilangan cinta… aku ditinggalkan kerana fitnah dan tomahan yang mampu menjatuhkan maruah aku sebagai lelaki… namun aku redha, yang pasti setiap yang berlaku ada hikmah d sebalik nya… perpisahan ini mengajar aku utk menjadi insan yang lebih matang dlm mengharungi perjalanan di bumi Allah ini…

Tidak cukup dengan itu, keluarga aku turut di fitnah, pergolakan sesama ahli keluarga dek kerana perasaan hasad dengki dan cemburu… tapi kami sekeluarga nekad, kami tahu kami benar dan segala kata nista yang di taburkan hanya lah fitnah semata-mata… Allah maha adil… kita lihat sapa yang kena nanti…

Pergolakan dlm perhubungan persahabatan juga turut berlaku ekoran dari fitnah yang melanda… aku terus tersenyum kerana aku yakin mereka lebih mempercayai n kenal siapa aku dr manusia durjana itu.. aku tidak mahu menjatuhkan hukuman kenana aku bukan tuhan… setiap perlakuan jahat pasti ada pembalasan nya…

Aku seorang yg ckup obses dengan rambut, dek kerana rasa kecewa dan terkilan aku  nekad membotakkan kepala..

Januari 2011 byk mengajar aku erti kehidupan dan kekeluargaan serta berdikari… permulaan yg kurang menyenangkan bg sesetengah org namun cukup menarik bagi aku… aku redha dan pasrah atas segala ketentuan Allah…

Moga hari esok lebih baik dari hari ini.. insyaAllah…

 

 

Masih mampu tersenyum dan terus tersenyum…😀

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s