Kepergianmu…

Posted: March 24, 2010 in Cerita Aku...

Tiada siapa menyangka, tiada siapa menduga… disebalik keceriaan wajah AMING, tersimpan seribu rahsia… tiada siapa tahu, semua nya disimpan, dipendam selagi termampu… tapi kenapa? mungkin niatnya tidak mahu menyusahkan kami sekeluarga… sedikit pun tidak MING…

AMING, nama yang pasti kami kenang sampai bila-bila… seorang adik yang baik, anak yang mendengar kata..tiada siapa tahu penamatnya begitu… kau pergi tanpa pesan, tanpa rela kami sekeluarga… namun kami redha… kami sangat merindukan kau AMING…

aku perasan kepada perubahan susuk tubuh mu.. semakin kurus, mungkin sengaja berdiet fikirku sendiri… namun disebaliknya ada sesuatu yang kau sembunyikan… kami sekeluarga betul2 tidak menyangka… mungkin sekadar sakit atau lelah biasa…

kata2 dari doktor begitu memberi tamparan yang hebat kepada kami… semua kalah setelah mendengar bait2 perkataan yg keluar dr mulut doktor… kami cuba sembunyikan kesedihan kami di depan AMING… kami berusaha untuk mencari penawar… ya, doktor kata sudah terlambat, namun siapa dia? semuanya di tangan Allah yang MAHA ESA…

8 hari AMING terlantar di hospital… kelihatan nya agak pulih… alangkah gembira kami sekeluarga bila AMING di benarkan balik ke rumah… terukir sedikit senyuman di wajah kami…

namun, AMING sepertinya tidak selesa berada di rumah… AMING memerlukan bantuan pernafasan… jika dilihat dr x-ray yang telah dilakukan, hampir keseluruhan paru2 kanannya telah dijangkiti…

AMING terpaksa dimasukkan semula ke hospital…

Kanser paru2, itulah jangkaan pertama doktor… mungkin juga kanser lymphoma katanya… tidak mustahil juga Lukimia… mendengar kenyataan itu kami sekeluarga begitu terkejut… kenapa jadi sampai begini….

namun apa yg dapat doktor pastikan, kanser tersebut sudah pada tahap 4… ya Allah, begitu besar dugaan yang kau berikan kepada kami sekeluarga…

26 Febuari 2010 bersamaan 12 rabiulawal 1431H, AMING menghembuskan nafas nya yang terakhir di depan Ibunda tercinta, Ayahanda, Kak Ngah dan aku… aku seperti tidak dapat menerima kenyataan ini, melihat jasad AMING terpaku di atas katil hospital…

dimasa kecil nya, kami begitu akrab sekali… namun segala nya sudah tersurat… dlm usia 24 tahun kau pergi ke pangkuan Illahi…

hari ini genap 26 hari pemergian AMING, namun jauh disudut hati kami sekeluarga… dia masih bersama dengan kami…

AMING, engkaulah kenangan terindah keluarga kita… kami sentiasa merinduimu hingga akhir hayat kami…

Al-Fatihah… semoga roh AMING ditempatkan di kalangan mereka yang beriman….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s