Indonesia nak ngalow Malaysia?!

Posted: September 9, 2009 in Cerita Aku...

sweeping-org-malaysia

Petikan dari utusan….

JAKARTA 8 Sept. – Sekumpulan penunjuk perasaan bersenjata buluh runcing menahan kenderaan-kenderaan yang melalui Jalan Deponegoro di sini dalam gerakan yang dipanggil ‘Sweeping Malaysia’ (Sapu Malaysia) bagi mencari dan mengusir rakyat Malaysia.

Kumpulan berkenaan yang mengikat bendera Indonesia di kepala bertindak menahan semua kenderaan dan meminta pemandu dan penumpang menyerahkan kad pengenalan masing-masing.

Sebuah televisyen tempatan, Metronews melaporkan kumpulan berkenaan bertindak merampas kad pengenalan rakyat Malaysia supaya mereka diusir dari Indonesia.

Setakat ini, tiada laporan rakyat Malaysia yang ditahan oleh kumpulan tersebut atau dirampas kad pengenalan mereka.

Kumpulan itu juga merancang untuk mengadakan tunjuk perasaan kali kedua di hadapan Kedutaan Besar Malaysia di sini.

Kumpulan terbabit yang tidak berpuas hati dengan sikap berlembut Kerajaan Indonesia terhadap Malaysia berhubung isu tarian Pendet sebelum ini telah mengadakan tunjuk perasaan di hadapan kedutaan tersebut.

Indonesia sebelum ini menuduh Malaysia sengaja menggunakan tarian Pendet berasal dari Bali dalam promosi pelancongan, walaupun kesilapan itu sebenarnya dilakukan oleh sebuah syarikat swasta dan tidak membabitkan kerajaan Malaysia.

Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta difahamkan telah menghubungi para pelajar dan rakyat Malaysia di Indonesia supaya mengambil langkah berjaga-jaga serta tidak pergi ke kawasan yang sensitif.

Kedutaan juga telah meminta Kementerian Luar dan Polis Indonesia supaya mengambil langkah sewajarnya bagi melindungi rakyat Malaysia.

Sementara itu, Detikcom melaporkan ‘Sweeping Malaysia’ berlangsung selama kira-kira 30 minit dalam suasana ‘cukup tegang’.

Pengguna jalan raya berkenaan terkejut kerana mereka ditahan oleh sekumpulan penunjuk perasaan yang menggunakan senjata buluh runcing dan diminta mereka menyerahkan kad pengenalan masing-masing untuk diperiksa. – Utusan

Pendapat aku…

apa motif sebenar cdak nya molah kedak ya…? isu tarian pedet dkt  advertisement ya rasa nya dah selesai… bukan salah kerajaan Malaysia…

Budaya kita… dah nama serumpun mestilah ada persamaan… bahasa pun hampir sama… bukan benda ya kita dah lali kah? kenak tiba2 jak timbul isu…

Sweeping org Malaysia… hahaha… rasa nya mun kita nak molah perkara yg sama byk yg kebeuluran sik mkn d Indonesia klak…. bygkn mun kita hantar balit semua pekerja indon pulang ke indonesia… bknkah cdak nya carik nahas dikpun…

Rasanya benda tok dpt di bincang dengan baik… pemimpin kedua dua negara berfikiran terbuka dan boleh berbincang secara aman… yg kecoh nya, sebilangan mereka yg sempit akal dan terlampau ikutkan perasaan tanpa usul periksa…

Jgn jadikan perkara kecik memecahbelahkan hubungan akrab Malaysia Indonesia ya sudah sekian lama terjalain… sama2 kita fikir n renung2kn…

semoga rakyat malaysia d indonesia berada dlm keadaan yg selamat… insyaAllah…

sama2 lah kita berdoa agar keharmonian kembali terjalin… berkat doa di bulan Ramadhan yg mulia tok…

amin…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s