Terima Kasih Cinta. (Akukah yang terlewat)

Posted: March 4, 2009 in Cintan Cintun

166ed0d4a945cd2c
Percintaan sesuatu yg indah… penyatuan dua hati dalam perasaan yg indah… pertemuan hati dengan penuh keikhlasan… Perasaan yg sukar di gambarkan dengan kata2…

Kerana cinta kita bisa tersenyum
Kerana cinta hidup lebih berharga

Kerana cinta hati mungkin tersiksa

Kerana cinta jiwa mungkin merana…

Keajaiban cinta tanpa kita sedari…

Kisah bermula lebih kurang 5 tahun yg lalu… ketika masih menuntut di kolej… pertemuan kali pertama sudah cukup memberi kesan kepada ku… keayuan jelas terpancar di wajah nya.. manis senyuman begitu memanah hati aku… ini bukan kali pertama aku jatuh cinta namun pertemuan ini memang lain dr yg lain dan cukup luar biasa…

Aku memulakan langkah untuk mengenali si manis itu, bagaikan direstui dan di rangka, aku diarahkan utk mengikuti kursus bersama si manis itu dan beberapa pelajar yang lain di Politeknik Sabak Bernam. Peluang yang tak mungkin datang untuk kali kedua ini aku pergunakan dengan sebaik mungkin. Selaku ketua yang dilantik bagi mengetuai rombongan tersebut, aku bertanggungjawab menjaga kebajikan mereka.
Memandangkan peluang untuk ke semenanjung Malaysia bukannya datang selalu, aku telah merangka perjalanan kami agar kami dapat menghabiskan hujung minggu di Kuala Lumpur sebelum balik ke Sarawak. Dengan izin pensyarah serta persetujuan bersama, kami sepakat untuk berhujung minggu di Kuala Lumpur selepas kursus tersebut tamat. Dengan pengalaman yang ada dan pernah ke Kuala Lumpur sebelum ini aku sekali lagi di amanahkan oleh pensyarah untuk menjaga mereka.

Bibit-bibit cinta bermula di Kuala Lumpur… Kami menginap di kediaman rasmi tempat ayah ku bekerja… semua nya telah diuruskan oleh ayah ku… Bagaikan sudah ditentukan, secara kebetulan tarikh kami berada di Kuala Lumpur jatuh pada tarikh lahir ku. Ternyata dia umpama ahdiah berharga buat diriku.. Aku tidak menjangkakan apa-apa, kerana aku begitu menikmati saat-saat bersama si manis itu walaupun bkn berdua.
Mlm terakhir sebelum kami berangkat balik ke Sarawak, kami berlapan mkn bersama di perkarangan tempat kami menginap, mlm yang begitu indah. Kami bercerita sambil menikmati hidangan masing-masing sambil diselangi dengan hilai tawa. Selesai mkn kami terus bersembang dan aku tersentap apabila melihat si manis itu keluar dr arah biliknya bersama sebiji kek dan mereka terus sama2 menyanyikan lagu untukku. Selesai aku memotong kek dan menikmati kek masing-masing, si manis dipaksa oleh rakan nya untuk menyuapkan kek ke mulutku, aku mula berasa panic dan malu, namun itu cuma satu helah sahaja, belum sempat kek masuk ke mulutku, mukaku habis di baling dengan lebihan kek tadi… kami tergelak besar… tidak habis disitu, tanpa aku sedari dari arah belakang mereka mencurahkan dua baldi air sabun ke atas ku… baldi yang kedua di curahkan oleh si manis… pengalaman yang x mungkin aku lupakan.

Malam tersebut jugalah suara hati aku didengari dan diterima… aku lah manusia paling bahagia pada ketika itu…. Satu agama namun berlainan bangsa… dengan bantuan rakannya, aku menyatakan hasrat hati dalam bahasa melanau. Bukannya dia tidak faham bahasa melayu, sekadar menunjukkan kesungguhan aku terhadap nya… soalan dijawab dengan senyuman yang cukup bermakna… ini lah cinta, ini lah kisah perjalanan dua hati…

Memiliki hati Siti Susiliawati bagaikan impian yang x bisa di capai namun menakluki hati nya kini bagaikan berjaya merentasi lautan berapi… bukan kecantikan menjadi ukuran namun manis budi pekerti serta sopan tingkah laku cukup menyenangkan aku…

Kami belajar di fakulti dan jurusan yang sama namun berbeza tahun dan sijil… aku merupakan senior kepadanya… kami bukanlah seperti pasangan yang lain, aku amat menghormatinya begitu juga dirinya… cinta kami begitu ikhlas tanpa sebarang nafsu dan keinginan yang di luar batasan…

Kami jarang “dating” namun cukup sekadar perbulan di telefon dan sms sebagai perantara… dengan imej wanita muslimah yg ada pada diri nya, mustahil bagi aku hendak memperlakukannya sembarangan… berjumpa d luar pasti ditemankan rakan nya… aku x pernah merasa terbatas namun lebih terjaga…

Mana bisa aku lupa bait2 lagu ‘Nur Kasih’ nyanyian kumpulan inteam yang ditujukan nya kepada aku…
Biarpun ramai yang memandang akau mengatakan bahawa kami tidak sepadan kerana perbezaan imej yang begitu ketara namun kami cukup redha dan yakin dengan jodoh Allah… mungkin pada masa itu terlalu awal untuk aku membicarakan tentang jodoh, namun bagi aku semua nya perlu di rancang dan diusahakan…

Setahun lebih perkenalan kami… ada satu semester sebelum kami menamatkan pengajian… ku lihat dia sudah tidak seperti dulu… seolah olah kehilangn sesuatu, hilang keyakinan atau mungkin keliru… aku faham, mungkin tekanan pelajaran dan cerita hubungan kami yang menggaggu fikiran nya… aku membiarkan nya berfikir dan melayan perasaan, biarlah semua nya dtg dr hati dan ikhlas….

Langit tidak selalunya cerah… mendung mula menjelma… kami terpaksa menamatkan nya disini… aku kurang pasti mengapa namun aku terima seadanya… namun aku tidak mudah berputus asa… aku mendapat tahu, dia agak keliru ketika itu dengan kehadiran seorang insan lain dalam hidup nya… aku cukup kenal dengan orang itu malah begitu akrab dengan aku… biarlah Siti yang membuat pilihan…

Ternyata Siti masih keliru… dia memilih untuk sendiri tanpa cinta dari kami… aku pasrah dengan keputusan itu, tambahan pula tumpuan perlu diberikan kepada pelajaran yang bakal tamat tidak lama lagi… aku tidak mahu menambah beban dan merungsingkan Siti…

Di kolej aku bergiat aktif dalam aktiviti kelab pada 3 semester terakhir… aku bertanggungjawab mengendalikan minggu suai kenal bagi pelajar di bawah fakulti kami… sudah pasti pelajar2 baru akan mengenali aku dahulu sebelum pelajar2 yang lain…

Cinta Siti begitu memberi impak di dalam hidup aku… Selepas terputus ikatan dengan nya, aku sudah jarang berjumpa dengan nya biar pun masih ada cinta dalam hati… ini kerana Siti menjalani Latihan Industri sebelum menamatkan pelajaran nya…

Biarpun peluang bercinta sentiasa terbuka untuk aku namun aku masih di bayangi oleh Siti… pernah aku cuba untuk beralih cinta… namun ternyata segala nya sia2 belaka…

Kami sama2 tamat pengajian pada pertengahan 2005…
Aku masih berhubung dengan Siti bersama segunung harapan… harapan untuk bersatu kembali, harapan untuk terus bersamanya…
Siti kembali ke kampung setelah tamat pengajian, aku tidak kemana mana kerana disinilah asal dan tempat jatuh bangun ku…

Aku melangkah ke satu alam yang baru… Sept 2005 aku mula bekerja sebagai Wakil Pengurusan Kredit (kontrak) di syarikat telekomunikasi selama 3 bulan… Aku mula membuka mata terhadap dunia luar, memberi peluang kepada diri untuk menyintai dan dicintai… namun segalanya x pernah menjadi… kekadang aku merasakan hidup ini begitu kejam terhadap kehidupan cinta ku….

Keteruskan juga kehidupan, tumpuan kuberikan kepada kerjaya dan keluargaku… Januari 2006 aku mula berkhidmat sebagai anggota kerajaan… kegembiraan yg sukar digambarkan… terpancar senyuma di wajah kedua ibu bapa ku… Alhamdulillah…

Namun, kerisauan muncul dalam kegembiraan… aku di arahkan berkhidmat di Sibu Sarawak… Sibu, tempat di mana siti berada sekarang… aduh! Bisakah aku berdepan dengan nya lagi… kenapa cinta terhadapnya sukar utk lenyap…

Kugagahi jua demi mengejar cita-cita…

Kami mula berhubung kembali dan kali ini lebih serius… kami bembali mengikat ikatan cinta… semoga sejarah bisa menjadi pengajaran kepada kami dalam mengharungi kehidupan yang baru…
Selang minggu aku akan berjumpa dengan nya… bersiar2 di Bandar atau makan mlm bersama… hidupku terasa sempurna… punyai kerjaya dan cinta… bersyukur kepada Allah..

Siti seorang wanita yang amat menjaga tutur bahasa n tingkah laku… manis bertudung dan tidak pernah mengenakan pakaian yang ketat… aku cukup menghormatinya… biarlah dia dirasai hanya setelah segala-galanya halal… biar pun sekali sekala bisikan syaitan selalu mempengaruhi aku…

Siti juga cukup menghormati aku… dia tahu kekadang aku sibuk dengan kerja dan sering berada di luar kawasan namun dia tidak pernah merungut…

Bila berjalan berdua, lengan aku akan dipegang erat… sebagai tanda dia dimiliki dan dilindungi… indah nya saat bercinta…
Pernah juga siti mengajukan soalan, “bang, apa kata kita bertunang”… aku membalas pertanyaan nya dengan senyuman… mana mungkin kami hendak bertunang, kewangan ku masih belum kukuh tambahan lagi dua abang nya masih belum berkahwin… lagipun kami masih muda.. awal 20an…

Pertengahan 2006 kami sama2 menghadiri hari bermakna dlm hidup kami… konvokesyen… pentauliahan atas kejayaan kami… Aku hadir menerima anugerah pada hari yang pertama dan Siti pada hari yang kedua… namun demi cinta, aku hadir juga pada hari kedua untuk melihat cinta hati ku di hari bahagianya… Kuhadiahkan sebuah teddy bear sebagai tanda tahniah atas kejayaan nya….

Syawal 2006, Siti sempat ke Kuching untuk beraya bersama keluarga angkat nya… namun dia tidak berkesempatan untuk kerumah aku… Kami balik ke Sibu bersama… aku menjemputnya di rumah keluarga angkatnya… kelihatan ibu angkatnya begitu senang dengan hubungan kami dan amat merestui nya… dia turut mendoakan agar kami sampai ke jinjang pelamin… insyaAllah….

Perjalanan 6 jam ke Sibu tidak berasa… Bermacam perkara yang kami bualkn sehinggakan Siti tertidur… Aku teruskan perjalanan wpun hujan turun dengan lebatnya… sekali sekala tersenyum melihat org yg aku sayang tidur keletihan di sebelah aku… Aku menghantar nya terus di depan rumah.. kelihatan kakak nya melambai-lambai dari dalam rumah… aku hanya senyum membalas lambaian nya…

Beberapa kali Siti memgajak aku kerumah untuk berkenalan dengan ahli keluarganya, namun aku belum bersedia untuk itu…
Tahun pertama berkhidmat, aku tidak begitu sibuk dan agak kerap meluangkan masa bersama Siti… Tahun kedua, aku diamanahkan utk menjaga sebuah projek yang agak besar… kerapa kali aku ke KL untuk mesyuarat dank e tapak2 projek bagi memantau perkembangan… aku mula obsess dengan kerja… namun aku tidak pernah abaikan Siti… ada masa terluang aku pasti menghantar ‘sms’ kepadanya… Siti juga akan menelefon ku bila tersa rindu… Aku tidak merasa sebarang perubahan atau kejanggalan… segalanya seperti biasa bagi aku….

Awal Julai 2008, aku ke KL untuk menghadiri satu mesyuarat… aku sempat membelikan sehelai tudung buat Siti… Maklumlah, Siti sudah mula berkhidmat sebagai anggota kerajaan juga… Alhamdulillah..
Waktu itulah aku mula memikirkan dengan lebih serius tentang hubungan kami… kerapa kali aku bertanya dengan kawan2 yang sudah berumah tangga tentang persediaan kea rah itu… aku memang teruja pada masa itu…

Namun aku akui sudah hamper 6 blan aku tidak berjumpa dengan Siti kerana kesibukan kerja.. namun aku tidak lupa untuk bertanya khabar melalui ‘sms’ maupun panggilan telefon….

25 Julai 2008… tergerak hatiku untuk ke Miri bersama rakan2… kami memang merancang tp belum pasti lagi… petang itu, balik dr kerja aku terus memberitahu mereka agar bersiap, dlm masa 1 jam aku akan datang menjemput mereka untuk ke Miri… mungkin mereka pun terkejut dengan keputusan aku yang begitu terburu buru….
Kami berempat… kami bergerak kira2 jam 7 mlm dari sibu… perjalanan mengambil masa lebih kurang 6 jam…
Pertengahan perjalanan aku mula hilang tumpuan namun masih terkawal… mataku tiba2 berair… seperti menangis… kami berhenti seketika di stesen minyak Niah untuk berehat dan mencuci muka… kawan2 ku tergelak melihat aku kelihatan seperti menangis…
Lebih kurang Jam 1 pagi kami sampai di miri. Kami ‘check in’ d hotel dan terus tidur…

26 Julai 2008, tarikh yg aku xkan lupa…. Pagi itu, tidurku di kejutkan dengan satu sms… sms dr num yang aku tidak kenali… “Salam, abg… kmk hanya boleh jadi kawan atau adik ktk ajak… kmk dah selamat melahirkan seorang bayi lelaki… maafkan kmk… -Siti-“ aku terpinga pingan… ada kah aku bermimpi… berkali2 aku menampar pipi ku… ternyata aku di dunia nyata… namun, adakah sms itu hanya satu gurauan atau kenyataan yg pedih???… aku benar2 keliru….
Aku mengambil keputusan untuk membalas sms tersebut terus ke number Siti… “wsalam… ya Allah, besar nya dugaan yg Allah berik ngan abg…” sms aku dibalas dengan satu panggilan telefon… panggilan dr abang kepada Siti
Aku: Assalamualikum..
Abg Siti: waalikumsalam… ko dah tauk cerita kah?
Aku: tauk, baruk dpt sms dr siti tek…
Abg Siti: Kmk org satu family pun sik tauk nya pregnant lamak2 tok…
Aku: owh…
Abg Siti: miak ya madah nak bertanggungjawab.. miak miri.. dah otw nya..
Aku: ok lah bang…
Aku terus mematikan panggilan… aku begitu tersentak… bagaikan jatuh dr bangunan yg begitu tinggi… kenapa aku harus menerima semua ini… “semua nya selamat bang…” msg dr siti.. aku Cuma menjawab “Alhamdulillah”… aku bagaikan tidak bermaya…

Mungkin inilah hikmah aku ke Miri, kalau tidak sudadh pasti aku ke Hospital untuk melawat dan memberi tanda ingatan kepada lelaki jahanam itu… Siti bersalin d hospital dimana aku bekerja… bayangkan sekiranya aku tidak ke Miri…

Bob, Mat & Faiza cukup membantu… mereka org yg pertama tahu tentang perkara ini… mereka lah yang menenangkan aku… Dugaan ini benar2 mencabar keimanan aku….
Sepanjang di miri, fikiran aku tidak lepas memikirkan perkara itu, mau saja aku balik ke Sibu hari itu juga tp untuk apa…?
Kami bertolak balik ke Sibu kira2 jam 4 ptg… Sekali lagi, perjalanan balik aku diiringi airmata… mengalir sendiri dalam konsentrasi aku memandu… memang ku akui aku sentiasa memikirkan perkara itu…

Aku begitu berterima kasih dengan rakan2 ku… sepanjang bebrapa bulan selepas kejadian itu mereka terus mengawasi aku… mereka yg selalu mengejutkan aku dr lamunan… mereka lah yg sedaya upaya member kembali seyuman di bibirku…

Beberapa kali juga selepas dr kejadian itu, aku mendapat sms dr siti namun satu pun aku tidak balas… begitu menyakitkan hati… msg terakhir aku terima drpd Siti, pada Syawal yg lepas… “Selamat Hari Raya Aidilfitri drpd Siti dan keluarga” aku cukup benci dengan perkataan keluarga itu… sepatutnya aku lah keluarga itu…

Alhamdulillah, sudah hampir lapan bulan semua ini berlaku… sekarang aku menerima segalanya dengan redha… mungkin dia bukan ditakdirkan utk ku… mungkin ada yang lebih baik dr Allah utk ku… amin…
Aku doakan semuga Siti hidup bahagia bersama pilihan hati nya… semoga terus kekal ke akhir hayat…

c5f8dd804f944084

Comments
  1. ieynaz says:

    salamz~
    tabah, tawakal dan redha kepada dugaan-NYA..
    insya allah, awak akan jumpa yang terbaik untuk awak..
    AMIN~

  2. Stella Tiong a.k.a g-t says:

    xpa..kamek org sentiasa menyayangi ktk..ya jak benda yg perlu ktk ingat..kwn2 ktk sentiasa ada utk ktk k..take care dear…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s